Sedang Mencari
Ejen Jual/Beli/Sewa
Hartanah Professional
& Berpengalaman?
Senarai Listing Hartanah Untuk Dijual
-
[TERMURAH] Impian Baiduri Apartment (Low Cost), Seksyen 51A, Petaling Jaya
RM150,000.00 Petaling Jaya
"Siapakah Gerangannya
Ejen Hartanah Yang Macho Ni?"

Zack Ahmad
Perunding hartanah berdaftar (REN 36121)
Saya, Muhammad Zakaria Bin Ahmad (atau lebih mesra dengan panggilan Zack Ahmad), merupakan seorang Perunding Hartanah Berdaftar (Ejen Hartanah Berdaftar) dengan nombor tag REN 36121 di bawah ejensi hartanah AZMI & CO SDN BHD dan telah terlibat dalam bidang hartanah selama 3 tahun. Sepanjang 3 tahun ini, saya telah membantu menguruskan pelbagai jenis jual beli dan sewa rumah untuk pasaran sekunder (subsale) serta jualan rumah baharu dari pemaju dan seorang pelabur hartanah.
Saya juga boleh membantu anda untuk urusan jual beli segala jenis hartanah iaitu tanah, lot banglo, rumah teres setingkat atau dua tingkat, apartment, kondominium, perumahan kos rendah, rumah kedai, pejabat, kilang dan lain-lain lagi yang berkaitan.
Sebagai seorang Perunding Hartanah Berdaftar (Ejen Hartanah Berdaftar), saya perlu bersikap profesional dan tertakluk pada akta dan undang-undang yang dikeluarkan oleh kerajaan dan dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH)
"Kenapa Saya Perlukan Khidmat
Ejen Hartanah Berdaftar Ya?"
Apa perbezaan ejen hartanah berdaftar dengan broker hartanah tidak sah ?

Perkhidmatan Terjamin
Ejen Hartanah Berdaftar dipantau oleh Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Semua konsultasi ejen hartanah perlu mengikut standard yang telah ditentukan oleh LPPEH.

Perundingan Professional
Ejen hartanah perlu profesional dalam melindungi kepentingan klien. Adalah menjadi tanggungjawap kami memastikan objektif anda bagi menjual atau sewa rumah tercapai sebaiknya.

Pengalaman Luas
Pengalaman sebagai ejen hartanah adalah aset kami untuk anda. Kami mempunyai pengalaman lebih dari 3 tahun dan insyallah bersedia membantu anda dalam urusan jual-beli atau sewaan
"Apa Servis Yang Khidmat Hartanah
Akan Berikan Kepada Saya?"
Menjadi keutamaan kami bagi memastikan objektif anda bagi jual-beli atau sewaan tercapai. Insyallah kami akan membantu anda sebaik mungkin. Berikut adalah sebahagian servis yang kami tawarkan.

Semak Harga Pasaran Semasa Hartanah
Kami akan dapatkan harga pasaran semasa daripada bank atau penilai hartanah (valuer). Ini akan menentukan jumlah pembiayaan pembeli akan diluluskan.

Khidmat Nasihat
Konsultasi atau khidmat nasihat bagi urusan jual-beli atau sewa. Konsultasi dari persediaan awal hingga penjualan atau sewa selesai.

Analisis Pasaran Semasa Hartanah
Analisa pasaran semasa penting bagi menentukan rumah anda boleh dijual pada harga yang terbaik dalam tempoh masa yang anda perlukan.

Pengiklanan Yang Komprehensif
Pengiklanan yang komprehensif menerusi offline dan online. Kami cuba pastikan setiap iklan dilihat seramai mungkin. Medium online seperti iProperty, Propertyguru, Facebook Ads, Google Adwords dan sebagainya.

Rangkaian Bank & Guaman
Network yang baik dengan peguam hartanah dan pegawai bank adalah aset berharga. Ini akan membantu melicinkan urusan pemohonan pembiayaan, tukar nama dan sebagainya.

Rangkaian Ejensi Hartanah Yang Kompeten
Kerja berpasukan adalah lebih baik daripada buat sendirian. Ini akan memastikan segala tugas yang anda diamanahkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan lebih pantas.
"Jadi, Apa Yang Saya Perlu Lakukan Jika Saya Berhajat Untuk Menjual/Menyewakan Hartanah Saya?"
Sila isikan detail di bawah dan kami akan menghubungi pihak tuan/puan dalam masa terdekat. Terima kasih.